oh korea




waaa...aku jatuh cinta lagi sama itu korea sihhh...

"jewel in the palace"
(atau nama lain dia : dae jang geum)


citer korea ni sangat lah best...
sebabnya, ada unsur-unsur perubatan...!
love it so much...
tenkiu to tv al-hijrah...
actually, aku ni agak ketinggalan kalau bab-bab citer korea ni...
hahaha...

masa sekolah dulu-dulu, aku pelik sangat dengan kengkawan aku...
ada je masa, korea...korea...korea...
sampaikan bengkak telinga aku dengar...
tak paham betul...
-
-
-
then, tetiba before cuti last sem 1(masa kat matrik), roomates aku yang tiga orang ni duk promote citer "playful kiss" kat aku...
apa kejadahnye aku nak melayan korea ni...

tapi, tetiba jugak aku duk hulur pendrive aku kat depa...
????
dalam hati aku, boleh jugak tengok ni...
mana tau duk rumah tak dek keje kan...
roomates aku semua yakinkan aku yang citer tu best...
rugi tak tengok la, apa la...
daripada dengar depa duk ulang benda yang sama, baik aku amek je kan...
tengok punya tengok...
yesss, mujur citer "playful kiss" ada kaitan dengan hospital jugak...
lagi la berkenan aku tengok...
-
-
-
alright, back to "jewel in the palace"...
urmm,, citer ni sebenarnya kisah zaman dulu-dulu kat korea...
jom bace sinopsis ni...

Jewel In The Palace adalah kisah benar tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Xu Jang Geum yang berasal dari kelas pertengahan tapi merupakan seorang yang amat pintar, cekal hati dan tak pernah mengenal erti putus asa dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum dia lahir, dia telah ditakdirkan menjadi penyebab kematian ibubapanya tapi juga akan menjadi penyelamat kepada banyak orang. Demi membela kematian ibunya, dia telah memasuki istana pada usia 10 tahun dan seperti ditakdirkan dia menjadi anak didik kepada kawan baik ibunya sendiri iaitu Puan Han. Semasa dalam usaha membantu kawannya Choi Jin Ying dia sempat menyelamatkan seorang lelaki iaitu Min Jio Ho di mana merupakan lelaki yang dicintai dalam diam oleh kawannya ini. Di saat dia baru mengetahui Puan Han adalah kawan baik ibunya, mereka berdua telah difitnah oleh Keluarga Choi sehingga menyebabkan kematian Puan Han semasa di dalam perjalanan ke Pulau Jeju kerana dihukum menjadi hamba abdi. Di Pulau Jeju cinta telah berputik di antara Chang Jin dan Jio Ho, pada ketika itu juga Chang Jin telah belajar menjadi tabib perempuan kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia kembali ke istana semula. Di istana Chang Jin bergabung tenaga dengan Jio Ho untuk menghapuskan kuasa jahat yang semakin berleluasa. Chang Jin telah banyak menyelamatkan nyawa orang termasuklah Maharani Balu, Maharaja dan Permaisuri sendiri. Kebaikan dan kecekalan Chang Jin telah menambat hati Maharaja sehingga dia hampir menjadi gundik Raja tapi akhirnya telah menukarkan fikiran dengan menjadikan Chang Jin sebagai Tabib Diraja merangkap Pakar Pemakanan kepada Maharaja. Chang Jin juga telah dianugerahkan gelaran Dae Jang Geum atau Yang Mulia Jang Geum yang hanya boleh dipakai oleh Chang Jin seorang. Sejarah Zaman Pemerintahan Chosun telah terukir kerana Chang Jin merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting dalam istana dimana ianya hanya boleh dipegang oleh lelaki sahaja.

---------------------

actually la kan, banyak pengajaran daripada story ni...
seriously, best sangat...
jom la tengok!




No comments:

Post a Comment

 
hak cipta terpelihara@sayalikehijau.blogspot