hari yg tak tahu nak cakap macam mane




hari ku bermula dengan menghantar abangku ke terminal...
haha...pi balik, pi balik...
kihkihkih...

kemudian, berjalan ke sekitar bandar...
agak awal ye ke bandar...
kedai pun tak buka lagi...
awal tak awal, aku tengok ramai je dok menanti mall tu bukak...
lucu pulak...

then, lepas penat ronda-ronda satu mall ni, kiteorang pi la ecm...
mak aihhh, ramai giler kott...  
al-maklum la, name pun hujung minggu...
pi kedai ni, penuh...kedai nuh, penuh...
fening aku dibuatnya...
tetiba, tengah-tengah mak aku cari kasut untuk adik perempuan aku, aku yang tak ade keje ni, pi culik adik bongsu aku...
(ape kejadahnye culik adik sendiri?haha)
 memang meraung lah dia...
baru je naik escalator, dah tanya aku, "mane mak, mane mak?"
tak cukup dengan tu, duk meraung panggil mak aku...
dah lah suara dia, segala speaker...
malu jugak aku...semua yang atas escalator tu dok pandang aku...
mesti diaorang ingat aku ni kidnap budak kecik tu...
kahkahkah...
aku pun patah lah balik...turun escalator tu semula...
kalau ada orang perasan, mesti cakap aku ni tak betul...
kalahkan budak kecik...dok main escalator...
hakikatnya, adik aku tu memang suka menjerit...
moralnya untuk aku : jangan kidnap adik sendiri lah...:p

------------------------------

hari ni jugak, paksu dan maksu datang rumah aku untuk berbuka puasa...
kali ni, ada cousin aku yang comey tu...


amboihhh...kemain dia speaking omputih...
lancar je...baru 4 tahun kot...
seronok je dapat cakap dengan dia...
kadang-kadang, terasa untung kan bila kecik-kecik dapat duk negara omputih tuh...
yela, bila besar tak payah susah-susah nak belajar english...
lidah tu tak lah belit-belit nak cakap...hahaha

apa-apa pun, setiap perkara tu ada baik, buruknya...
betoi tak?
apa kaitannya???

*_*
selamat malam
zZzZzZz

tadaaaa...




orait...
alhamdulillah, hari ni dah pun 8ramadhan...

okay,,
 setelah dikaji, diselidik, ditenung, diteliti, diperhati, di...bla, bla, bla...
akhirnya, inilah yang bakal aku pelajari selama 4tahun di perantauan (la sangat...kahkah)

agak seronok but, in the same time, takotttttttt...
sokay, belum cuba, belum tau...
tak gitu???




Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

lagu untuk teman...




 okay...aku memang tengah tacing sekarang...
tetiba, aku teringatkan seorang sahabat baik aku masa kat matrik...
dia yang suruh aku dengar lagu ni...
first time dengar dulu pun, aku memang dah nak nangis...
*tapi, dalam hati je ea...haha*

________________________

just imagine ea...
kami ni satu kuliah...
kenal mase MUET bulan Oktober 2011...
tak pernah langsung terfikir yang kami akan jadi kawan baik...
al-maklum la, aku ni jenis "pemalu" sikit...haha~
dan tak tahu macam mana, sebulan before tamat study kat matrik, 
kami boleh start study same-same kat library...
story macam-macam...
pelik kan...?
dalam masa sebulan, dah boleh kacip macam tu...

apa-apa pun, ni semua ada hikmahnya...
alhamdulillah, Allah bagi aku seorang sahabat yang sangat unik...
hehe...


"....dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ianya baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagimu. Dan Allah lebih Maha Mengetahui sedang kamu tidak tahu."
[Al-Baqarah : 216]

salam ramadhan




alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke-5 umat Islam berpuasa...
rasanya belum terlambat nak ucap :

selamat menyambut ramadhan al- mubarak
1433H


syukur ke hadrat Ilahi...
3ramadhan yang pertama, aku dan keluarga dapat berbuka puasa bersama nenek, pak su dan juga mak su...
 
tapiiiii....
kini, aku agak malu dengan pak su dan mak su aku...
4 tahun mereka merantau di negara orang...
then, balik malaysia, mereka bermalam kat rumah aku...
seronok jugak rasanya bila dah lama tak jumpa...
tapi, jujur aku sangat pemalu...hahaha
yela,, 4 tahun yang lalu, aku ni masih kebudak-budakkan...
dan sekarang, dah nak masuk u pun...

aku ingat lagi masa aku masih di zaman kebudak-budakkan...
pak su akulah yang jadi teman bergaduh aku di samping abang dan sepupu-sepupuku...
al-maklum la, aku ni cucu perempuan sulung dalam keluarga ayahku...
jadinya, aku ni selalu kena buli dengan diaorang...

tak patut kan?
tak apa la, benda dah lepas pun...
tak usah diungkit kembali...
sebaliknya, jadikannya sebagai kenangan yang terindah...
betul ke tidok???
hahaha...

___________________________

once again, selamat menyambut ramadhan al-mubarak...
semoga ramadhan kali ni lebih baik dan terindah...
tingkatkan amalan, kurangkan kejahatan...
sekian~

mood : k.o



yuhuuuuu~
entah kenapa, apa, siapa, di mana, bagaimana aku boleh jadi "singa" hari ni...
yeahhh...memang aku marah...
memang aku geram...
so, tolong jangan kacau aku hari ni...
aku tak dek mood lah...
huhu...

ni semua gara-gara tetttttttttt...
geram, menyampoh pun ye jugak...

astagfirullahaladzim...
astagfirullahaladzim...
astagfirullahaladzim...


~dugaan sehari sebelum puasa~

like it...



syukur ke hadrat Ilahi...
murah rezeki bulan ni...
alhamdulillah...
terima kasih, Ya Allah...

-------------------------------

alhamdulillah,, 
akhirnya selamat sampai jugak result matrik aku kat rumah semalam...
ingatkan kmph dah tak nak hantar...
mana tidoknya, penat dah aku tunggu pakcik posmen tu berhenti depan rumah aku...
setiap kali dia lalu tu la, aku kecewa...
motor dia dah macam mat rempit pun ye jugak...
laju semacam jeh...
kahkahkah....

---------------------------------

yeahhh...hari ni pulak, cd korea yang aku order last week tu dah sampai...
suke, suke...
nanti boleh la tengok...
tak payah susah-susah nak download...
tak la aku kena bela virus sana sini...hihihi

ada-ada saja




hari ni sangat best...
alhamdulillah...

first-first tanpa sebarang plan, aku ke bank sambil ditemani my beloved parents...
untuk membuka akaun sspn dan jugak akaun bank muamalat...
dah lah, pergi bank dekat-dekat pukul 4 petang...
(certain bank kan macam dah tak boleh nak buka akaun kalau dah pukul 4 petang)
 tapi, alhamdulillah...
Allah mudahkan urusan aku...
sampai-sampai maybank, sempat pulak "abang" kaunter pertanyaan tu melawok dengan aku...
okeyh, aku layan jeh...
memang aku salah cakap...

aku : urmm,, nak buka sspn...
"abang" tu : nak buka apa..buka buku ke? buka je lah...
aku : (dalam hati, haihhh nak bergurau senda pulak...)
eh, bukan buka buku...buka akaun sspn lah...
"abang" tu : haaa...tu baru betul...nah, amik borang ni...
aku : (malu sihhh sampaikan aku tak dengar pun apa yang "abang" tu explain tentang borang tu...
mana taknya dan-dan je "abang" ni nak kenakan aku ea..haha)
okey, terima kasih...
 
selesai isi borang, jumpa pulak akak dekat tingkat atas...
sebab nak serah borang...
urmm, pesal aku rasa aku ni macam blurr jer...
memang blurr pun kalau bab-bab macam ni...
hahaha...
it's okay lah...
diaorang pun bukan kenal aku kan...
hehehe~

dah selesai sspn, ayah aku pulak ajak pergi tengok motor...
kami pun pergi lah...
tengok punya tengok, tak lama lepas tu, blah lah...
aku hanya menjadi pemerhati my parents...kihkihkih

otw nak ke bandar pulak, tetiba ayah aku tanya, mana bank muamalat...
aku yang duduk belakang ni, pelik...
tadi ayah cakap, nak buka akaun esok sebab tak sempat...
aku pun bagitau la jalan...

.......................................................................

sampai bank muamalat, aku sempat perhati bank tu...
bank ni buka ke tidok...
pak guard dan seorang perempuan kat dalam bank tu tengok je aku...
pehal pulak diaorang pandang aku ni???
actually, aku takot nak masuk...
bank ni macam sunyi semacam jer...
dengan berani nya, aku pun push pintu kaca tu...
pak guard tu tanya, nak buat apa?
aku yang tengah pening dengan keadaan kat bank tu pun cakaplah yang aku nak buka akaun...
pak guard tu cakap macam dah tak sempat...
lalu, dia suruhnya aku ke kaunter...
mak aihhh...aku ni dah lah tak pernah datang bank ni...
mungkin disebabkan dia kesian tengok muka aku yg memang blurrr ni,
dia pun suruh lah orang kat kaunter tu benarkan aku buka akaun...
cepat-cepat dia berlari amik borang...
tetibe aku terdengar, laju je ea kalau perempuan...
urmm, apakah???

tengah-tengah duk setel menda alah tu, ayah aku pulak dapat call...
so, aku ditinggalkan keseorangan kat bank tu...
dah lah, last customer...
sempat la aku tinjau bank tu...
rupanya tengah renovate...
patut lah...
okey, dalam masa 15minit, siap la akaun aku...
alhamdulillah, setel 2 menda dalam masa 1jam...

....................................................................................

tapiii, masalahnya...
ikot jalan mana aku nak kuar dari bank ni...
sekali lagi, aku buat muka blurrr dan bertanya, 
"macam mana nak keluar?"
(pintu utama dah tutup)

orang yang uruskan akaun tu kata, 
tak boleh keluar lah awak...
sekali lagi, apakah???

then, muncul pak guard yang sorang ni...
dia buka satu pintu "rahsia"...
hurmmm, alamakkk....aku kena lalu kat tempat yang tengah renovate...
sekali lagi...it's okay lah...
yang penting setel...

macam-macam lah...

perlis...here i come~



alhamdulillah...
setelah 2hari mendapat keputusan upu, kini aku lebih semangat nak ke unimap...
walaupun jauh tapi, aku dapat rasakan yang aku akan gembira di sana...
insyaAllah...aku sangat mengharapkan itu...

apa pun, aku yakin dengan Allah...
ini yang telah tertulis buat aku...
ini yang terbaik buat aku...

walaupun, bidang engineering merupakan pilihan kedua selepas bidang perubatan namun, aku akan tetap berusaha...
ini masa depan aku...!
apa yang paling penting, aku nak buktikan kat semua orang yang aku mampu melakukannya..!
aku mampu hidup berdikari di negeri orang...(tetttt...haha)
aku rasa dah tiba masanya untuk aku bergerak secara solo...
(solo bermaksud hidup berdikari & berjauhan daripada my parents)
aku nak menimba ilmu di negeri orang...
aku dah nekadddd...
noktah.




bagi aku, negeri perlis ni nampak menarik...
walaupun negeri nya kecil dan hujung malaysia tapi, ada sesuatu yang menarik...
mungkin sebab ianya sempadan thailand...
mungkin jugak sebab dekat dengan pulau langkawi...
ataupun, mungkin jugakkkk.....
(arggghhh...berapa banyak mungkin tah...haha)
hakikatnya, aku tak sabar nak tunggu bulan september...

bukan setakat negerinya yang menarik, universiti dia pun lagilah menarik...
dengar-dengar universiti ni kaya...haha
tak kesah lah apa pun, yang penting aku dapat belajar dengan tenang...
aku tertarik dengan statement seorang hamba Allah ni, dia cakap..  
"bukan unimap dalam perlis tapi, perlis dalam unimap"
paham?
maksudnya, unimap ni menguasai negeri perlis...
waaahhh...

apa yang menarik lagi ialah....
UNIMAP : universiti yang ke9 terbaik kat malaysia...
hehe...suke, suke...



#eh, eh...jap, jap...
aku rasa aku ada cousin laki yang study kat unimap jugak...
hehe...makna nye, i'm not alone there!
seronoknya...








alhamdulillah...



alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
terima kasih, ya Allah atas kurniaan ini...

nampaknya, aku akan merantau la selepas ni...
nun jauh di utara...
tak apalah, mungkin rezeki aku ada di sana...

walaupun, tak dapat masuk RU, ni pun dah cukup bermakna buat aku...
setidak-tidaknya, aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat degree...

sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui...


urmm, perjalananku masih panjang...
aku berharap, agar ada aku dapat tempuhi segalanye...
first-first, memang, mesti, wajib kena remove perangai homesick aku tu...

sesungguhnya, aku menuntut ilmu ini keranaMu, ya Allah...
permudahkanlah langkahku...
aku yakin inilah yang terbaik buatku...

#tahniah buat kawan-kawan yg berjaya...



alahaiii



manusia, manusia...!
cepat bebenor jadi kacang lupakan kulit...
urmm,, aku tak harap balasan apa pun...
cuma jangan la jadi macam tu...
sakit hati lah...

just imagine lah kan...
dulu kita bukan main tolong ini, itu...
(maaf, tiada niat nak ungkit)
tapi, at the end, macam tu jeh dia tinggalkan kita...
patut ker???

alahaiii...
aku tahu lah aku ni manusia biasa...
tak ada apa-apa...
(macam lagu "anak orang kampung" tu...)
tapi, jangan lah buat orang macam ni...
aku pun ada hati dan perasaan lah...

apa-apa pun, aku doakan kau sentiasa mendapat hidayah Allah ya...
jangan nak sombong sangat tau...

debarnya lah



urmmm...dengar-dengar jumaat ni result u akan kuar...
seriously, berdebar sangat...
lambat pulak hari jumaat ni...
dah tak senang duduk aku dibuatnya...

apa-apa pun, aku tetap redha dengan sebarang keputusan nanti...
aku yakin, tu lah yang terbaik buat aku dari Allah...
aku akan terima seadanya...
yang penting, dapat masuk u...

"Ya ALLAH, hamba mohon kepadaMu agar hamba ditempatkan di mana-mana universiti yang bersesuaian dengan kemampuan dan keputusan exam hamba...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...amin..."


oh korea




waaa...aku jatuh cinta lagi sama itu korea sihhh...

"jewel in the palace"
(atau nama lain dia : dae jang geum)


citer korea ni sangat lah best...
sebabnya, ada unsur-unsur perubatan...!
love it so much...
tenkiu to tv al-hijrah...
actually, aku ni agak ketinggalan kalau bab-bab citer korea ni...
hahaha...

masa sekolah dulu-dulu, aku pelik sangat dengan kengkawan aku...
ada je masa, korea...korea...korea...
sampaikan bengkak telinga aku dengar...
tak paham betul...
-
-
-
then, tetiba before cuti last sem 1(masa kat matrik), roomates aku yang tiga orang ni duk promote citer "playful kiss" kat aku...
apa kejadahnye aku nak melayan korea ni...

tapi, tetiba jugak aku duk hulur pendrive aku kat depa...
????
dalam hati aku, boleh jugak tengok ni...
mana tau duk rumah tak dek keje kan...
roomates aku semua yakinkan aku yang citer tu best...
rugi tak tengok la, apa la...
daripada dengar depa duk ulang benda yang sama, baik aku amek je kan...
tengok punya tengok...
yesss, mujur citer "playful kiss" ada kaitan dengan hospital jugak...
lagi la berkenan aku tengok...
-
-
-
alright, back to "jewel in the palace"...
urmm,, citer ni sebenarnya kisah zaman dulu-dulu kat korea...
jom bace sinopsis ni...

Jewel In The Palace adalah kisah benar tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Xu Jang Geum yang berasal dari kelas pertengahan tapi merupakan seorang yang amat pintar, cekal hati dan tak pernah mengenal erti putus asa dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum dia lahir, dia telah ditakdirkan menjadi penyebab kematian ibubapanya tapi juga akan menjadi penyelamat kepada banyak orang. Demi membela kematian ibunya, dia telah memasuki istana pada usia 10 tahun dan seperti ditakdirkan dia menjadi anak didik kepada kawan baik ibunya sendiri iaitu Puan Han. Semasa dalam usaha membantu kawannya Choi Jin Ying dia sempat menyelamatkan seorang lelaki iaitu Min Jio Ho di mana merupakan lelaki yang dicintai dalam diam oleh kawannya ini. Di saat dia baru mengetahui Puan Han adalah kawan baik ibunya, mereka berdua telah difitnah oleh Keluarga Choi sehingga menyebabkan kematian Puan Han semasa di dalam perjalanan ke Pulau Jeju kerana dihukum menjadi hamba abdi. Di Pulau Jeju cinta telah berputik di antara Chang Jin dan Jio Ho, pada ketika itu juga Chang Jin telah belajar menjadi tabib perempuan kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia kembali ke istana semula. Di istana Chang Jin bergabung tenaga dengan Jio Ho untuk menghapuskan kuasa jahat yang semakin berleluasa. Chang Jin telah banyak menyelamatkan nyawa orang termasuklah Maharani Balu, Maharaja dan Permaisuri sendiri. Kebaikan dan kecekalan Chang Jin telah menambat hati Maharaja sehingga dia hampir menjadi gundik Raja tapi akhirnya telah menukarkan fikiran dengan menjadikan Chang Jin sebagai Tabib Diraja merangkap Pakar Pemakanan kepada Maharaja. Chang Jin juga telah dianugerahkan gelaran Dae Jang Geum atau Yang Mulia Jang Geum yang hanya boleh dipakai oleh Chang Jin seorang. Sejarah Zaman Pemerintahan Chosun telah terukir kerana Chang Jin merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting dalam istana dimana ianya hanya boleh dipegang oleh lelaki sahaja.

---------------------

actually la kan, banyak pengajaran daripada story ni...
seriously, best sangat...
jom la tengok!




brain tumor




urmmm...
seriously, aku sangat-sangat sedih membaca sebuah kisah mengenai seorang insan yang menghidapi penyakit kanser ni...
 
yup, sangat tersentuh dengan ketabahan beliau dan keluarga...
alhamdulillah, beliau mempunyai seorang suami yang amat baik...
yang setia menjaganya dari awal hingga la ke akhirnya...

betapa hebat penderitaan yang dihadapi beliau...
namun, setiap yang terjadi ada hikmahnya...
hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

dan sekarang sudah hampir sebulan lebih beliau pergi menghadap Ilahi...

AL-FATIHAH buat allahyarhamah kak Norma..



#kelu tanganku untuk menaip...

impianku


 
 
setiap orang mesti ada impian dan cita-cita, kan?
aku pun macam tu...
 
cuma nya, impian aku yang terlalu tinggi tu sudah terkubur...
ni semua gara-gara aku yang malas la...
seriously, aku sangat menyesal...
tapi, apa boleh buat kan?
nasi sudah menjadi bubur...
masa pun tak boleh diundur...
 
maafkan saya, mak ayah...
saya tahu saya dah kecewakan mak ayah...
tapi, saya dah cuba yang termampu...
mungkin itu bukan rezeki saya...
saya janji saya akan buat yang terbaik masa degree nanti...
saya takkan homesick lagi...(haha...kantoi sudah masalah yg satu ni..)

#pesanan kepada diri sendiri dan sape-sape yang masih belajar :
 
*tanamkan niat belajar kerana Allah..
bila kita dah ada niat yang betul, barulah kita boleh belajar dgn tenang...
kan, kan?
*buang jauh-jauh malas tu...
bila malas, semua benda tak jadi...
*tak payah nak homesick sangat la kan...
tak ke mana pun rumah tu..(tu kata mak ayah aku la..)
errr...boleh ke ni???
percaya pada diri...
 
insyaAllah, boleh...

ni lah kesimpulan yang boleh dibuat setelah 3bulan duduk tanam anggur yang memang takkan berbuah kat rumah ni...ngeee~
 
hanya tinggal kenangan
doktor
farmasi

nisfu syaaban




bismillahirrahmanirrahim...

 InsyaAllah, dalam masa kurang 2jam lagi, merupakan malam Nisfu Syaaban...
sememangnya malam ni la yang sangat di nanti-nantikan oleh kita sebagai hambaNya...
kerana pada malam ni akan dibukakan 300 pintu rahmat...
banyak perkara yang boleh kita lakukan...

antaranya:

1- membaca yasin (3x)
2- zikir "YA ALLAH" (1000x)
3- solat sunat (solat taubat)
4- qiamulail (malam ni)
5- berpuasa esok hari(khamis,5julai)
6- dan apa sahaja perkara kebaikan

semoga kita sama-sama mendapat keampunan dari Yang Maha Esa...
insyaAllah...



jom hayati bersama hadis ni...

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!"

Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"

Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca:

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.)

maafkan saya...



"urmm...maafkan saya...
kerana saya inginkan keberkatan dari-Nya..."

cukuplah dengan dosa-dosa ku yang telah lalu...
aku inginkan perubahan...!
cukuplah sekadar kawan biasa...
aku tidak ingin lagi ke lembah yang akan menjauhkan diriku kepada-Nya...

maafkan aku, kawan...
aku mahu mencari cinta yang kekal abadi yang boleh membawaku ke syurga Jannah...

aku inginkan kasih-Nya dalam hidupku...

maafkan aku...




i love you so



I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you

O Allah, You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so (I love You so)

[Chorus:]
Now I know how it’s like
To have a precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds

You are the one who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so (I love You so)

[Chorus]

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You [x2]
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You

[Chorus]
 
hak cipta terpelihara@sayalikehijau.blogspot