al-kisah kerja ku part 2

rabu (26 Jun 2013)
hari ni amat bermakna bagiku.. kerana inilah pertama kali dalam hidupku, aku bekerja.. malas fikir panjang! hanya inginkan keseronokkan.. bukan gaji semata-mata.. tetapi, lebih kepada ingin mencari pengalaman bekerja.. officially, aku staf KFC.. baju kena tied in, belt hitam, kasut hitam, stokin putih, seluar hitam, tudung hitam.. jam tak boleh pakai, handphone tak boleh ada dalam poket.. ketat giler.. kalah bebudak sekolah.. takpe, aku follow je! memandangkan aku merupakan staf baru, jadi manager lelaki tu memperkenalkan aku dengan semua yang ada dalam KFC tu.. dari peti sampai ke stor, bahan chemical yang digunakan.. serba serbi tentang KFC aku tahu.. seronok jugak..yelah, biase kalau gi KFC kan, makan je.. takde lah sampai boleh masuk stor sane sini.. dan hari tu, aku dikehendaki bekerja selama 6jam.. dari pukul 12 tengah hari sampai lah 6 petang.. no break on first day.. errrr.. hanya berhenti untuk menunaikan solat zuhur je.. :( :( :(  takpe semangat bekerja itu penting.. ekekeke~
selesai briefing dengan manager, aku ditugaskan ke CSC department... mulanya, manager tu nak aku jadi cashier... tapi, entah macam mana dia boleh baca isi hati aku... yela,, first kerja KFC then, nak jadi cashier... mau huru hara jadinya nanti... kahkahkah
dengan lafaz bismillah, aku berazam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh (cewahhh... hahaha)
so, aku dengan semangatnya bertanya kepada partner aku apa yang perlu aku buat... masa tu ada 2 orang partner.. sorang laki, sorang perempuan.. bila mana nak memulakan kerja tu, partner perempuan ni seolah "something" dengan aku... bila ditanya, jawab nak tak nak je.. lepas tu bila aku nak buat kerja, ada je alasan dia taknak bagi aku buat.. dah kenapa minah ni? takpe, aku pun buat endah tak endah je lah.. misi di dada perlu dilaksanakan! partner yang laki ni pulak baru jugak.. tapi, okay lah.. bila tanya pun, boleh je jawab.. tetiba, muncul lah seorang manager perempuan yang pregnant... mak aihh.. ketat giler muka dia pandang aku.. bukan aku tak buat kerja, buat je... tapi, bila buat lebih-lebih, minah tadi pulak bising.. ikutlah kan! aku nak kerja paling lama pun sebulan je.. tu je yang mampu aku cakap dalam hati.. tapi, serious aku jadi takut dengan manager pregnant ni.. orang pregnant, perangai lain macam sikit kan.. takpe, life must go on azlin! sebelum balik, kena cuci pinggan, buang sampah..
 okay, cukuplah untuk first day...

*****

khamis (27 Jun 2013)
hari kedua, aku masuk kerja pukul 11 pagi.. awal sejam dari first day.. tapi, hari ni 9 jam.. topup jam semalam lah tu kot.. lepas punch card, kena mintak sign manager.. mak aihhh.. kena jumpa manager yang pregnant tu..??? nak mintak sign sape lagi, dah dia satu-satu nya manager yang ada pagi tu.. ayuh azlin, kuatkan semangatmu! dengan sopannya, aku menghulurkan card aku.. okay, tak perlu pandang dia lama-lama.. takut aku! lepas dapat sign, terus aku keluar dari bilik manager, buat kerja.. hari ni, minah tu cuti kot.. seharian aku tak nampak dia.. bagus, senang kerja aku! hahaha.. disebabkan hari ni, kerja sampai malam, jadinya aku bertukar-tukar partner.. sepanjang hari ni, aku bekerja dengan laki.. actually, bagi aku kerja dengan laki lebih senang compare dengan perempuan.. kottt.. hahaha.. alhamdulillah, sampai pukul 1 petang, semuanya berjalan lancar walaupun mata manager tu selalu tertumpu kat aku.. rimas jugak kalu selalu kena pandang kan.. tetiba, dalam pukul 1.30petang, ketua bahagian CSC ni suruh aku break.. sepatutnya, aku break pukul 3-4 petang nanti.. pelik! aku pun terus tanya, kenapa bagi break awal? jawapan dia, "manager suruh.." 
fuhhhh.. manager mana lagi kan.. aku pun cakaplah break aku pukul 3petang nanti.. sekali lagi dia jawab, "manager tak suka pekerja dia tak buat kerja.. baik break!"
youuuu!!!!!!!!!!
siapa yang tak buat kerja sekarang??? aku dari tadi ke hulu hilir buat kerja, boleh cakap aku tak buat kerja.. dalam hati, nanti nak kena panggil dia time aku buat kerja.. masa aku buat kerja, taknak tengok pulak.. haihhh.. sabar jelah duhai hati.. fine, aku break pukul 2petang! punch card, amek beg, balik! lega, lega.. tapi,  masih tak puas hati.. kenapa ada orang macam tu dalam dunia ni? 
pukul 3, aku masuk balik.. kali ni, takde break sampai pukul 9malam.. break untuk solat je.. alahaiii, dia lagi.. pukul berapa lah manager sorang ni nak balik kan.. takpe, kerja tetap kerja.. tanpa menghiraukan mata dia, aku pun buatlah kerja.. hari ni aman sikit.. maybe sebab partner perempuan tu takde.. alhamdulillah, partner-partner laki banyak membantu.. sampai jam 5petang, aku nampak manager pregnant tu, dah bersiap nak balik.. dalam hati aku, aku rasa nak menjerit keriangan.. selesai masalah aku.. sepanjang bekerja, aku taknak bercakap pun.. biarlah orang nak kata aku skema ke apa.. bagi aku, kerja perlu ada komitmen.. hehe.. as usual, sebelum balik, cuci pinggan dulu lah.. balik ke rumah dengan hati yang riang ria raya.. opsss.. over pulak.. ahaksss~ 
***********
for the next day or last day working,, wait for the next post.. panjang sangat dah ni.. kuikuikui

al-kisah kerja ku part 1


kisah yang agak lucu barangkali tapi, amat menyakitkan hati...
itu lah al-kisah kerja ku...
jom ikuti kronologi kisah ini...

sabtu (22 Jun 2013)

setelah 2 hari pulang ke negeri tercinta, aku mengambil keputusan untuk bekerja part time sepanjang cuti semester selama beberapa bulan ini.. maka, pada petang itu, aku mengajak ibuku menemani ku mencari kerja.. pasaraya, stesen minyak, kedai kek, farmasi, 7e, semua aku nak sapu..hehehe.. at last, aku terfikir akan KFC... why not kan try kerja kat situ.. atas semangat yang berkobar-kobar aku lupakan sebentar perasaan malu yang ada dalam diri.. dengan langkah yang penuh berkeyakinan (cewahhh), aku disuruh berurusan dengan manager.. fuhhh.. manager? pengurus boh! macam biase, aku dengan muka yang lagak bersahaja tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.. soal punye soal, jawab punye jawab, akhirnya muncul pertanyaan dari mulut manager tu.. " sanggup atau tak kalau awak kena kerja time raya?"... pergh, pergh, pergh.. apa aku nak jawab ni.. dengan bijaksana nya, aku menjawab, "ouhh.. raye ye? takpelah cik.. saya saja bertanye" then, sebelum keluar dari KFC tu, manager tu sempat berpesan, " kalau betul awak berminat, nanti datang jumpa saya semula".. dalam hati ku berkata, mungkin tidaklah kan.. dah memang tujuan aku balik cuti sem ni pun memang nak berpuasa, berhari raya bersama keluarga kan.. kerja tu dah name pun part time.. part time lah.. kerja, kerja.. raya, raya.. betul tak? 
lepas pada tu, dah malas cari kerja.. aku ajak lah ibuku balik ke rumah.. dan taktahu macam mana petang tu, mak ayah aku berkata, kalau betul nak kerja KFC tu, kerja jelah.. mak ayah okay je.. pelik pulak aku dengan parents aku ni.. habis tu macam mana dengan raya aku kan.. takkan nak aku raya kat kuantan ni sorang-sorang.. kat KFC pulak tu.. haihhh.. tak mungkin..! sampai ke malam, parents aku mempersoalkan kerja tu.. beria-ria nak aku kerja.. aku pun tanpa berfikir panjang(sebab dah malas kan) pun berkata, "okay, esok lin pergi balik, ambil borang.."

ahad (23Jun 2013)

bangun je tidur pagi tu, parents aku tanya, bila nak ambil borang kerja? aku dengan jujur ikhlas pun menjawab, nanti-nanti lah.. nak rehat dulu kat rumah ni.. esok-esok boleh pergi ambil.. tapi, parents ku tak habis-habis memberi support sampai lah borang tu ada di tangan aku.. okay, done! aku boleh start kerja bila dah ada lesen pengendalian makanan, dah suntik thyphoid, dah ada akaun KWSP.. 

isnin (24 Jun 2013)

memandangkan hari tu adalah cuti berganti gara-gara jerebu bagi budak-budak sekolah dan juga bapaku sendiri, makanya segala keperluan yang diperlukan untuk bekerja, akan ku selesaikan pada hari itu jugak.. tetapi, sebelum tu, aku mengambil kesempatan untuk terminate kan ptptn.. untung giler lah kalau boleh bayar ptptn untuk sem1 dan sem2 ni sekali gus.. tapi, sebab malas nak menyusahkan mak ayah,,tak ape, nanti habis belajar ku sanggup bayar rm7000.. walaupun, sekiranya dapat dilangsaikan sekarang, aku hanya perlu membayar sebayak rm5600.. nampak tak, betapa banyaknya penolakan yang ku dapat.. seriously, aku dah tak sanggup nak membebankan orang tuaku.. maka, redha dengan nilai yang akan ku bayar kelak! okay..tu selingan jeh.. hehe.. continue,, disebabkan salah timing(keluar time lunch hour, sape je nak ada kat ofis kan), aku pun mengambil keputusan untuk ke KWSP terlebih dahulu.. first tu, memang dah problem.. printer kat KWSP tu buat hal.. slip pendaftaran aku tak keluar.. lekat dalam mesin tu.. tapi, masa tu aku tak fikir apa pun.. cuma berkata dalam hati, tukar-tukar jelah dengan printer yang baru... hahaha.. macam mana sekalipun, aku hanya inginkan slip pendaftaran ahli.. okay, DONE ! next, nak pergi suntik thyphoid.. suntikan ni special untuk orang yang nak kerja kendalikan makanan.. pergi klinik ni, klinik tu, semua kata tak ada stok.. kalau ada pun, bulan 7 nanti.. mak aihh.. tak kerja lah aku jawabnya.. malas fikir panjang, aku ajak ayah gi klinik swasta.. senang.. tak payah pening-pening.. tapi, bayaran 3kali ganda mahal.. wooo.. melayang duit aku weyh! biase kalau klinik kerajaan rm20 je.. sebelum tu, kena ambil borang kat majlis perbandaran.. wahh.. menyusahkan hidup aku betul lah kerja ni.. nak kerja KFC je pun.. tu pun 2 bulan je (mengikut planning asal memang nak kerja 2 bulan pun).. seeeee.. kat situ, macam-macam kesukaran yang aku dapat.. apa aku buat adalah berfikiran positif.. tapi, kalau ikut hati, dah malas aku nak kerja kalau susah-susah sangat sampai kena menyusahkan parents aku kan.. at last, setel semuanya malam tu jugak.. alhamdulillah..

selasa (25 Jun 2013)

bila dah setel segalanya, parents ku menyoal lagi,, bila lagi nak hantar borang kerja tu? dan aku, alahaiii.. malas lagi nak kerja sebenarnya.. tapi, semangat parents ku yang membuatkan aku lupa perasaan malas tu.. aku kembali ke KFC petang tu.. kali ni, dah tak ade rase malu tu.. aku pun berjumpa dengan manager lelaki.. manager ni baik sangat.. aku pun tak ade ase segan silu tanya itu, ini dengan dia.. senang kerja dengan lelaki daripada perempuan ni.. bagi aku lah! okay, setel sign 14kali kat 3borang.. 14x3=42 kan? so, 42sign.. famous kejap.. hahaha.. then, dapat tshirt KFC.. dan aku dengan yakin memberitahu bahawa aku ingin memulakan kerja keesokan harinya.. yesss! kerja!


going back to kuantan


ehemm...ehem...
maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa saya akan kembali ke Pahang pada pukul 6.45petang ini, bersamaan 20 Jun 2013(11 Syaaban 1434)...

hahahaha...ini semua poyooo!
yesss...
berapa jam lagi aku akan kembali ke negeri kelahiran tercinta...
semoga Allah memudahkan perjalanan ku...amin~
selamat tinggal Perlis...
bulan September nanti ku kembali dengan semangat yang baru...
in sha Allah...
sekiranya panjang umur, kita bertemu lagi okayyy...

fuhhh..tak sabar,, tak sabar nak jumpa mak ayah...
nak lupakan segala kenangan setahun kat sini...
nak balik dengan hati yang tenang...

selamat tinggal, kawan-kawan...
selamat tinggal Wang Ulu...
selamat tinggal sawah padi...
selamat tinggal kafe Shafaz...
uwarggghhh...
selamat tinggal segalanya...

#sem depan tak tahu kena campak kat Ulu mane pulak...
hahaha...

wassalam~

final exam is over!


yeayyy!!! alhamdulillah...
final exam semester 2 dah tamat...
aku bebas,, aku bebas...!!!!!!!!!
hahahaha...
dengan ini, tamat sudah pengajian di tahun pertama...
dan dengan ini juga, selamat tinggal Kolej Kediaman Wang Ulu...
sedih pulak...
sobsss,,sobss,sobss...
suka duka riang tawa semua ada...
terima kasih kawan-kawan untuk setiap kenangan kat sini...
lagi 3bulan kita jumpa dan cipta kenangan baru ehh...
love you all...muahhhh~

kat bawah ni, ada ucapan khas untuk insan-insan yang teristimewa
(tu pon kalau mereka ni jumpa blog aku lah kan..haha)

*to all my housemate, terima kasih banyak-banyak...
sori sebab aku terpaksa menjadi singa sebelum keluar dari rumah ni...
bukan apa, nanti kena saman, sapo nak bayar?den tak mau...

*to my roomate yang sorang tu, aku mintak maaf ea...
aku bukan boneka...kadang-kadang aku terpaksa mendiamkan diriku...
kerana ingin menjaga hati masing-masing...
sometimes, aku boleh jadi terlalu bising dan boleh jugak jadi terlalu diam...
rasanya, kau pon dah mengenali siapa aku...
semoge tahun kedua nanti, kau akan jumpe roomate yang lebih baik dari aku...

*to sahabat yang paling dekat dengan aku, miss J...
terima kasih untuk semua suka, duka ni...
maafkan perangai aku yang kadang-kadang agak giler ni...
kadang-kadang aku sengaja buat...
(bukan untuk meraih publisiti okayyy!)
just nak buat kau tersenyum dan tak stress...
tapi, tak sangka yang kau boleh mengeluarkan kata-kata macam tu semalam...
tersentap aku...kalau ikut hati, nak je aku nangis...
nasib baik diri ini masih mampu bertahan...
harapan ku semoga satu hari nanti, kau tahu apa itu makna sahabat yang sebenar...

*and to all my classmate yang perangai giler-giler macam aku tu,,terima kasih ehhh...
terima kasih kerana dah buat hari-hari ku bertambah ceria...
akan ku ingat setiap detik kita dalam kelas, rebut-rebut bus...
apa yang boleh aku cakap, aku syok dapat classmate macam korang...
opsss...tak lupa jugak kepada partner aku, miss N...dan PA aku, miss Z...
aku dah bayar gaji u ollsss okay...
lepas ni, jangan bising-bising kata tak dapat gaji...hahaha

*****
fuhhh...buat ucapan macam dah tahun akhir je...hahaha...
okaylah, 
sekarang masa nak kemas barang...
tak sabar nak balik esok...!!!

daaaaa~


tiada yang sempurna


manusia...
ya,, manusia...
ada ke yang sempurna?
ada, ada?
jawapan nya, tiada...
betul tak?apa pulak tak betul kan...
hahaha..
 
jangan hanya ingin mencari yang sempurna...
memang tiada pun...
setiap manusia dilahirkan di bumi ni kan, ada kelebihan dan kekurangannya...
janganlah hanya pandang kekurangan yang ada pada dirinya...
cuba pandang seseorang tu dengan kelebihan yang dia ada...
barulah kita rasa setiap manusia tu sama...
kalau hanya pandang pada kekurangan je, kita sendiri pun ada kekurangan nya...
manusia tu sama je sisi Allah, Tuhan yang Mencipta kita...
CUMA yang membezakan kita hanya keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya...
ye tak?
hehe~

#ingatan bersama#

memori terbaik 1 JUN


alhamdulillah!
suka sangat dengan apa yang jadi semalam...
rasanya tu lah memori terbaik sepanjang berada kat Perlis ni...
dari Wang Kelian ke Gua Kelam, then ke Taman Anggur Perlis lepas tu Bukit Ayer...
best tak terkata kot...thanks alotsss to Madam Sabarina and her daughter!
 and to all my friendsss(jaa, timah, zatie, teha, nora, zainab, tqah, dilah..)
terima kasih untuk memori terindah 1 Jun ni...
rasa macam tak nak balik Wang Ulu je semalam...
syok sangat berjalan walaupun penat gara-gara bergambar...
ahaaksss~

indahnya hidup kalau selalu happy macam tu!
dah macam adik beradik je aku rasa semalam...
bonding tu bertambah-tambah strong kan...
hoping that the friendship between us till Jannah!
amin~
   
macam ni lah baru rasa erti persahabatan yang sebenar...
mempunyai sahabat yang selalu make our life happy sokmo...
bukannya yang selalu making trouble to others!
betol dok?

and to my bestfriends,,jaa...
tenkiu for all...
kau kawan terbaik aku!
sayang kawan-kawan aku...
muahh,,muahhh,,muahh...

di setiap gambar pada 1 Jun sangat bermakna...
ahahaha...

#study yooo!
dah puas enjoy one day kan...

what do u think?

 
today is last day for engineering skill lab...
first of all,, ya..i'm so happy beb...!
habis pun lab utk sem2 ni...hihi
but, what make me become "errrrr"...
when i asked someone how to do OrCAD,, then they just ignored me!
how u feel dear?
wowww... 
sakit kan?
till now, aku rasa aku tak tahu manusia ni ada berapa jenis...
entah apa-apa kan...
sometimes, rasa macam how annoying u are...
hipokrit and everything~
heyyy...!!! come on, alin...
jangan mengharapkan apa-apa dari person yg macam tu...
kawan means they are always with u...
arghhh...i cant read what in ur heart...
really hope that i'll not see another person like u next time...
the end of semester2 next month, that means the end of everything...
please dont disturb my life anymore...
i'm not going to end our friendship, but i just need a space to breath...
please give me that space!
 
Allah,,,i'm sorry...
please give me a strength...
i dont want to face person like them anymore...
everytime, i try to be nice to everyone...
but, they just give me.....
 

@#%$*(&^


errrrr...
what's d problem,,alin???
ahaakksss...

assignment banyak?
dats good one, dear!

test lagi?
dats also good for you, darling!

final?
errrrrr...
*silent*
hahaha

manage your time alin...
forget about everything dat is not important...

Ya Allah,,give me a strength...



terima kasih,,Allah..


alhamdulillah...
pertama-tamanya, syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi dipanjang umur untuk terus menghirup udara segar di bumi ini...

alhamdulillah...
sebab duit ptptn dah masyukkk semalam...
hehehe...

alhamdulillah...
kerana dapat siapkan projek engineering skill semalam...
syukur sangat...
sebab tak semua orang dapat siapkan sepenuhnya...
huhuhu~

alhamdulillah...
bakal mendapat baucer buku ahad ni...

#banyak kan nikmat yang Allah beri...
kadangkala kita sendiri tak sedar...
kalau dikira nikmat yang Allah bagi, mesti tak terkira oleh kita...
 

this is me

selamat pagi, cikgu...!!!
(waahhh...rindu pulak zaman sekolah :P)
hari ni, hari rabu...
kalau waktu sekolah dulu hari ni kena pakai baju uniform...
semestinya lah aku pakai baju PBSM...
yang warna putih seputih-putihnya tuuu...
hahaha~
hari ni, kelas pukul 1...
yeahhh...
dah lame tak merasa pergi kelas lambat...
hihihi...
malam tadi punya lah awal aku tidur...
tidur pukul 9.30pm-10.30pm...
10.30pm terjage sekejap...
sebab dapat mesej...
then, tidur lagiii...
last sekali, bangun solat isyak pukul 12.30am...
tu pun, tidur lagi atas sejadah lepas solat...hehe
kuat bebenor tidur nyee...
sampaikan kawan baik aku missed call pun aku tak sedar...
sebenarnya lah kan...semalam aku penat sangat...
masa kelas engineering skill tu,, aku kena bentuk logam yang berbentuk V...
fuhhh...penat sihhh...
nak gergaji bagai...
yang seronoknya, dapat lepaskan tension mase gergaji logam tu...
hahahaha...
padahnya, lenguh dua-dua tangan...
huahaha...
disebabkan itu, mood aku semacam tak berapa nak okay...
maaf kepada sesiapa yang terkena tempias...
tapi, tu bukan main reason kenapa aku silent semalam...
yang tu, biarlah rahsia...
apa yang aku tahu, " i hate the ways they do to me.."
**DON'T TALK TO ME IF I'M SILENT**
 
 

sem dua

alhamdulillah..dah masuk minggu ke2 untuk sem2 ni..
apa yang boleh aku katakan sekarang ialah penat...
waaaa...seminggu bagaikan sebulan...
ni semua gara-gara school telah berpindah ke kampus tetap...
bayangkan, nak sampai kampus tetap tu pun dah memakan masa setengah jam ke 45minit...fuhhh...memang jauh lah kan...
kalau ye pun kelas pukul 10pagi, still kena bangun awal jugak..
huaaaa...
apa pun, kite kena redha ye,kawan2..
perjuangan tetap perlu diteruskan walaupun terpaksa berjalan berkilo meter jauhnya...
sehinggakan sesat di kampus sendiri o_0...
***
okay..ni nak cite yang lagi sedih..
memandangkan course aku ni masih lagi ramai dan lecturer taknak ajar dalam bilangan yang ramai makanya,,aku telah terpisah dengan kawan baik aku...
aishhh...sangat lah tak best...
kelas pun dah tak sama..
sedih kann...
dah tak boleh nak usha-usha,,gaduh-gaduh,,borak-borak..kutuk-kutuk..
Hahahaha...
nak buat macam mana kan..
dah nama aku nur...dia siti...memang terpisah lah...
tapi,,seriously aku sedih sangat...
aku risau kalau-kalau persahabatan ni akan jadi renggang...
hukhukhuk...
aku sayang sangat kawan aku tuu..
mungkin ada hikmah kenapa jadi macam ni..
boring kott dalam kelas takde dia.. :(:(:(
alahaiii~

aku bukan seorang doktor


mula-mula,, gelak dulu...
hahahhaha...
tu lah, dulu belajar main-main... :(
sekarang, tolonglah jangan menyesal ye, wahai nur azlin...
menyesal ke?
ishhh...tak baik cakap macam tu...
Allah dah tunjuk, jalan ni lagi baik dari jalan tu...
kan?
tapi, kenapa aku rasa sayu je bila pergi hospital, tengok doktor-doktor muda...
sayu ke jeles???
huahahhaha...
dah lah,, tak nak cakap banyak pasal medic dah...
memang aku tak ada jodoh dengan medic...
engineering je yang sudi terima aku seadanya... :P
tapi, harap-harap my future husband nanti budak medic lah...
amin...
*panjang bebenor angan-angan ku*

~ peace. no war okay. ~


nah...amek lah...ikhlas dari Pakcik Google!

semester satu


alhamdulillah, dah seminggu aku di rumah...
secara rasminya dah tamat untuk sem 1 ni...
banyak sungguh pengalaman sem ni...
mencabar jugak lah...
beginilah kehidupannya di alam universiti kan...
kalau nak bercerita pasal manusia, memang macam-macam perangai ada...
pasal stadi pulak, wahhh amat-amat mencabar!
apa pun, apa yang perlu adalah kuatkan semangat, kentalkan hati...
lagi-lagi bila duduk tempat orang!
hehehe~
sebenarnya, fun bila berada di alam u ni...
cuma, apa yang tak best bila jumpa, kenal orang yang tak sekepala dgn kita...
memang rambut sama hitam tapi, hati mestilah lain-lain kan...
seriously, aku dah rasa kegembiraan, kesedihan, keseronokkan, kepahitan...
semua rasa lah...
tapi, apa yang aku buat bila aku sedih teramat sangat ialah silent!
takpun, jadi pelarian...huahaha 
nak-nak time stadi week hari tu...
aishhhh...tak tahan aku!
mereka menguji kesabaran aku...
ingat lagi, masa tu malam tahun baru...
orang lain sibuk nak celebrate
 (sampaikan kena marah sebab terlalu bising dan mengganggu orang lain yang ada paper esoknya...hahaha...amekaw~)
yang aku, sibuk kemas buku-buku, lari bilik kawan aku...
sedihhh sihh...
 pagi esoknya baru aku balik...
tak pernah pulak aku terfikir yang aku akan jadi pelarian...

#whatever it is,,ini adalah pengalaman pertama yang kadangkala seronok dan kadangkala pahit untuk ditelan sebagai seorang mahasiswi...aku harap sem depan, keadaan seperti ni takkan berulang,,amin~
 
hak cipta terpelihara@sayalikehijau.blogspot