aku seorang siswi


pertama-tamanya, syukur ke hadrat Ilahi,
 kerana akhirnya selamat juga aku menjejakkan kaki ke menara gading...
dan serta-merta menjadi seorang siswi UniMAP...
walaupun jauh di tempat orang, alhamdulillah, aku selesa di sini...
aku sukakan kolej kediaman yang penuh dengan kedamaian...
yang dikelilingi sawah padi...
terasa suasana kampung yang sebenar!
ececeh...

sebenarnya, dah banyak perkara yang terjadi within 2weeks ni...
cumanya, tak sempat nak update blog...
al-maklum lah, siswi baru...
kenalah adapt dengan suasana universiti dulu...
kahkahkah....

meh nak citer sikit al-kisah 2weeks ni...

----------

minggu pertama, of kos lah sibuk dengan Minggu Suai Kenal(MSK)...
mase minggu ni, memang banyak giler makan, tidur...
hahaha...
mana taknye, masa dengar ceramah, tidur...
lepas dengar ceramah, makan...
masa naik bas, tidur...
hahaha...teruk bebenor perangainya~
lucu pulak kalau ingat minggu tu...

----------

minggu kedua pulak, sibuk dengan pendaftaran subjek...
mujur kelas tak sepenuhnya berjalan...
udahlah sesat masa hari pertama kuliah bermula...
apa nak jadi daaa...haha

mase minggu ni jugaklah, aku dapat demam...
ni kes tak dapat adapt dengan cuaca kat sini lah ni...
haha...yela, kat sini kalau panas, panas sangat...
dan kalau hujan, sejuk sangat...
tu yang aku dapat demam tu...
sampai hari ni tak sembuh-sembuh lagi...
takpa lah, ujian Allah...

------------

cukuplah dulu untuk hari ni...
mengantuk pulak...
hujan-hujan ni, lena kalau tidoq...
hahaha...

No comments:

Post a Comment

 
hak cipta terpelihara@sayalikehijau.blogspot