al-kisah kerja ku part 1


kisah yang agak lucu barangkali tapi, amat menyakitkan hati...
itu lah al-kisah kerja ku...
jom ikuti kronologi kisah ini...

sabtu (22 Jun 2013)

setelah 2 hari pulang ke negeri tercinta, aku mengambil keputusan untuk bekerja part time sepanjang cuti semester selama beberapa bulan ini.. maka, pada petang itu, aku mengajak ibuku menemani ku mencari kerja.. pasaraya, stesen minyak, kedai kek, farmasi, 7e, semua aku nak sapu..hehehe.. at last, aku terfikir akan KFC... why not kan try kerja kat situ.. atas semangat yang berkobar-kobar aku lupakan sebentar perasaan malu yang ada dalam diri.. dengan langkah yang penuh berkeyakinan (cewahhh), aku disuruh berurusan dengan manager.. fuhhh.. manager? pengurus boh! macam biase, aku dengan muka yang lagak bersahaja tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.. soal punye soal, jawab punye jawab, akhirnya muncul pertanyaan dari mulut manager tu.. " sanggup atau tak kalau awak kena kerja time raya?"... pergh, pergh, pergh.. apa aku nak jawab ni.. dengan bijaksana nya, aku menjawab, "ouhh.. raye ye? takpelah cik.. saya saja bertanye" then, sebelum keluar dari KFC tu, manager tu sempat berpesan, " kalau betul awak berminat, nanti datang jumpa saya semula".. dalam hati ku berkata, mungkin tidaklah kan.. dah memang tujuan aku balik cuti sem ni pun memang nak berpuasa, berhari raya bersama keluarga kan.. kerja tu dah name pun part time.. part time lah.. kerja, kerja.. raya, raya.. betul tak? 
lepas pada tu, dah malas cari kerja.. aku ajak lah ibuku balik ke rumah.. dan taktahu macam mana petang tu, mak ayah aku berkata, kalau betul nak kerja KFC tu, kerja jelah.. mak ayah okay je.. pelik pulak aku dengan parents aku ni.. habis tu macam mana dengan raya aku kan.. takkan nak aku raya kat kuantan ni sorang-sorang.. kat KFC pulak tu.. haihhh.. tak mungkin..! sampai ke malam, parents aku mempersoalkan kerja tu.. beria-ria nak aku kerja.. aku pun tanpa berfikir panjang(sebab dah malas kan) pun berkata, "okay, esok lin pergi balik, ambil borang.."

ahad (23Jun 2013)

bangun je tidur pagi tu, parents aku tanya, bila nak ambil borang kerja? aku dengan jujur ikhlas pun menjawab, nanti-nanti lah.. nak rehat dulu kat rumah ni.. esok-esok boleh pergi ambil.. tapi, parents ku tak habis-habis memberi support sampai lah borang tu ada di tangan aku.. okay, done! aku boleh start kerja bila dah ada lesen pengendalian makanan, dah suntik thyphoid, dah ada akaun KWSP.. 

isnin (24 Jun 2013)

memandangkan hari tu adalah cuti berganti gara-gara jerebu bagi budak-budak sekolah dan juga bapaku sendiri, makanya segala keperluan yang diperlukan untuk bekerja, akan ku selesaikan pada hari itu jugak.. tetapi, sebelum tu, aku mengambil kesempatan untuk terminate kan ptptn.. untung giler lah kalau boleh bayar ptptn untuk sem1 dan sem2 ni sekali gus.. tapi, sebab malas nak menyusahkan mak ayah,,tak ape, nanti habis belajar ku sanggup bayar rm7000.. walaupun, sekiranya dapat dilangsaikan sekarang, aku hanya perlu membayar sebayak rm5600.. nampak tak, betapa banyaknya penolakan yang ku dapat.. seriously, aku dah tak sanggup nak membebankan orang tuaku.. maka, redha dengan nilai yang akan ku bayar kelak! okay..tu selingan jeh.. hehe.. continue,, disebabkan salah timing(keluar time lunch hour, sape je nak ada kat ofis kan), aku pun mengambil keputusan untuk ke KWSP terlebih dahulu.. first tu, memang dah problem.. printer kat KWSP tu buat hal.. slip pendaftaran aku tak keluar.. lekat dalam mesin tu.. tapi, masa tu aku tak fikir apa pun.. cuma berkata dalam hati, tukar-tukar jelah dengan printer yang baru... hahaha.. macam mana sekalipun, aku hanya inginkan slip pendaftaran ahli.. okay, DONE ! next, nak pergi suntik thyphoid.. suntikan ni special untuk orang yang nak kerja kendalikan makanan.. pergi klinik ni, klinik tu, semua kata tak ada stok.. kalau ada pun, bulan 7 nanti.. mak aihh.. tak kerja lah aku jawabnya.. malas fikir panjang, aku ajak ayah gi klinik swasta.. senang.. tak payah pening-pening.. tapi, bayaran 3kali ganda mahal.. wooo.. melayang duit aku weyh! biase kalau klinik kerajaan rm20 je.. sebelum tu, kena ambil borang kat majlis perbandaran.. wahh.. menyusahkan hidup aku betul lah kerja ni.. nak kerja KFC je pun.. tu pun 2 bulan je (mengikut planning asal memang nak kerja 2 bulan pun).. seeeee.. kat situ, macam-macam kesukaran yang aku dapat.. apa aku buat adalah berfikiran positif.. tapi, kalau ikut hati, dah malas aku nak kerja kalau susah-susah sangat sampai kena menyusahkan parents aku kan.. at last, setel semuanya malam tu jugak.. alhamdulillah..

selasa (25 Jun 2013)

bila dah setel segalanya, parents ku menyoal lagi,, bila lagi nak hantar borang kerja tu? dan aku, alahaiii.. malas lagi nak kerja sebenarnya.. tapi, semangat parents ku yang membuatkan aku lupa perasaan malas tu.. aku kembali ke KFC petang tu.. kali ni, dah tak ade rase malu tu.. aku pun berjumpa dengan manager lelaki.. manager ni baik sangat.. aku pun tak ade ase segan silu tanya itu, ini dengan dia.. senang kerja dengan lelaki daripada perempuan ni.. bagi aku lah! okay, setel sign 14kali kat 3borang.. 14x3=42 kan? so, 42sign.. famous kejap.. hahaha.. then, dapat tshirt KFC.. dan aku dengan yakin memberitahu bahawa aku ingin memulakan kerja keesokan harinya.. yesss! kerja!


2 comments:

 
hak cipta terpelihara@sayalikehijau.blogspot