al-kisah kerja ku part 2

rabu (26 Jun 2013)
hari ni amat bermakna bagiku.. kerana inilah pertama kali dalam hidupku, aku bekerja.. malas fikir panjang! hanya inginkan keseronokkan.. bukan gaji semata-mata.. tetapi, lebih kepada ingin mencari pengalaman bekerja.. officially, aku staf KFC.. baju kena tied in, belt hitam, kasut hitam, stokin putih, seluar hitam, tudung hitam.. jam tak boleh pakai, handphone tak boleh ada dalam poket.. ketat giler.. kalah bebudak sekolah.. takpe, aku follow je! memandangkan aku merupakan staf baru, jadi manager lelaki tu memperkenalkan aku dengan semua yang ada dalam KFC tu.. dari peti sampai ke stor, bahan chemical yang digunakan.. serba serbi tentang KFC aku tahu.. seronok jugak..yelah, biase kalau gi KFC kan, makan je.. takde lah sampai boleh masuk stor sane sini.. dan hari tu, aku dikehendaki bekerja selama 6jam.. dari pukul 12 tengah hari sampai lah 6 petang.. no break on first day.. errrr.. hanya berhenti untuk menunaikan solat zuhur je.. :( :( :(  takpe semangat bekerja itu penting.. ekekeke~
selesai briefing dengan manager, aku ditugaskan ke CSC department... mulanya, manager tu nak aku jadi cashier... tapi, entah macam mana dia boleh baca isi hati aku... yela,, first kerja KFC then, nak jadi cashier... mau huru hara jadinya nanti... kahkahkah
dengan lafaz bismillah, aku berazam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh (cewahhh... hahaha)
so, aku dengan semangatnya bertanya kepada partner aku apa yang perlu aku buat... masa tu ada 2 orang partner.. sorang laki, sorang perempuan.. bila mana nak memulakan kerja tu, partner perempuan ni seolah "something" dengan aku... bila ditanya, jawab nak tak nak je.. lepas tu bila aku nak buat kerja, ada je alasan dia taknak bagi aku buat.. dah kenapa minah ni? takpe, aku pun buat endah tak endah je lah.. misi di dada perlu dilaksanakan! partner yang laki ni pulak baru jugak.. tapi, okay lah.. bila tanya pun, boleh je jawab.. tetiba, muncul lah seorang manager perempuan yang pregnant... mak aihh.. ketat giler muka dia pandang aku.. bukan aku tak buat kerja, buat je... tapi, bila buat lebih-lebih, minah tadi pulak bising.. ikutlah kan! aku nak kerja paling lama pun sebulan je.. tu je yang mampu aku cakap dalam hati.. tapi, serious aku jadi takut dengan manager pregnant ni.. orang pregnant, perangai lain macam sikit kan.. takpe, life must go on azlin! sebelum balik, kena cuci pinggan, buang sampah..
 okay, cukuplah untuk first day...

*****

khamis (27 Jun 2013)
hari kedua, aku masuk kerja pukul 11 pagi.. awal sejam dari first day.. tapi, hari ni 9 jam.. topup jam semalam lah tu kot.. lepas punch card, kena mintak sign manager.. mak aihhh.. kena jumpa manager yang pregnant tu..??? nak mintak sign sape lagi, dah dia satu-satu nya manager yang ada pagi tu.. ayuh azlin, kuatkan semangatmu! dengan sopannya, aku menghulurkan card aku.. okay, tak perlu pandang dia lama-lama.. takut aku! lepas dapat sign, terus aku keluar dari bilik manager, buat kerja.. hari ni, minah tu cuti kot.. seharian aku tak nampak dia.. bagus, senang kerja aku! hahaha.. disebabkan hari ni, kerja sampai malam, jadinya aku bertukar-tukar partner.. sepanjang hari ni, aku bekerja dengan laki.. actually, bagi aku kerja dengan laki lebih senang compare dengan perempuan.. kottt.. hahaha.. alhamdulillah, sampai pukul 1 petang, semuanya berjalan lancar walaupun mata manager tu selalu tertumpu kat aku.. rimas jugak kalu selalu kena pandang kan.. tetiba, dalam pukul 1.30petang, ketua bahagian CSC ni suruh aku break.. sepatutnya, aku break pukul 3-4 petang nanti.. pelik! aku pun terus tanya, kenapa bagi break awal? jawapan dia, "manager suruh.." 
fuhhhh.. manager mana lagi kan.. aku pun cakaplah break aku pukul 3petang nanti.. sekali lagi dia jawab, "manager tak suka pekerja dia tak buat kerja.. baik break!"
youuuu!!!!!!!!!!
siapa yang tak buat kerja sekarang??? aku dari tadi ke hulu hilir buat kerja, boleh cakap aku tak buat kerja.. dalam hati, nanti nak kena panggil dia time aku buat kerja.. masa aku buat kerja, taknak tengok pulak.. haihhh.. sabar jelah duhai hati.. fine, aku break pukul 2petang! punch card, amek beg, balik! lega, lega.. tapi,  masih tak puas hati.. kenapa ada orang macam tu dalam dunia ni? 
pukul 3, aku masuk balik.. kali ni, takde break sampai pukul 9malam.. break untuk solat je.. alahaiii, dia lagi.. pukul berapa lah manager sorang ni nak balik kan.. takpe, kerja tetap kerja.. tanpa menghiraukan mata dia, aku pun buatlah kerja.. hari ni aman sikit.. maybe sebab partner perempuan tu takde.. alhamdulillah, partner-partner laki banyak membantu.. sampai jam 5petang, aku nampak manager pregnant tu, dah bersiap nak balik.. dalam hati aku, aku rasa nak menjerit keriangan.. selesai masalah aku.. sepanjang bekerja, aku taknak bercakap pun.. biarlah orang nak kata aku skema ke apa.. bagi aku, kerja perlu ada komitmen.. hehe.. as usual, sebelum balik, cuci pinggan dulu lah.. balik ke rumah dengan hati yang riang ria raya.. opsss.. over pulak.. ahaksss~ 
***********
for the next day or last day working,, wait for the next post.. panjang sangat dah ni.. kuikuikui

No comments:

Post a Comment

 
hak cipta terpelihara@sayalikehijau.blogspot