setelah dikaji, diselidik, ditenung, diteliti, diperhati, di...bla, bla, bla...
akhirnya, inilah yang bakal aku pelajari selama 4tahun di perantauan (la sangat...kahkah)
agak seronok but, in the same time, takotttttttt...
sokay, belum cuba, belum tau...
tak gitu???
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
tetiba, aku teringatkan seorang sahabat baik aku masa kat matrik...
dia yang suruh aku dengar lagu ni...
first time dengar dulu pun, aku memang dah nak nangis...
*tapi, dalam hati je ea...haha*
________________________
just imagine ea...
kami ni satu kuliah...
kenal mase MUET bulan Oktober 2011...
tak pernah langsung terfikir yang kami akan jadi kawan baik...
al-maklum la, aku ni jenis "pemalu" sikit...haha~
dan tak tahu macam mana, sebulan before tamat study kat matrik,
kami boleh start study same-same kat library...
story macam-macam...
pelik kan...?
dalam masa sebulan, dah boleh kacip macam tu...
apa-apa pun, ni semua ada hikmahnya...
alhamdulillah, Allah bagi aku seorang sahabat yang sangat unik...
hehe...
"....dan boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ianya baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagimu. Dan Allah lebih Maha Mengetahui sedang kamu tidak tahu."
urmmm...dengar-dengar jumaat ni result u akan kuar...
seriously, berdebar sangat...
lambat pulak hari jumaat ni...
dah tak senang duduk aku dibuatnya...
apa-apa pun, aku tetap redha dengan sebarang keputusan nanti...
aku yakin, tu lah yang terbaik buat aku dari Allah...
aku akan terima seadanya...
yang penting, dapat masuk u...
"Ya ALLAH, hamba mohon kepadaMu agar hamba ditempatkan di mana-mana universiti yang bersesuaian dengan kemampuan dan keputusan exam hamba...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...amin..."
waaa...aku jatuh cinta lagi sama itu korea sihhh...
"jewel in the palace"
(atau nama lain dia : dae jang geum)
citer korea ni sangat lah best...
sebabnya, ada unsur-unsur perubatan...!
love it so much...
tenkiu to tv al-hijrah...
actually, aku ni agak ketinggalan kalau bab-bab citer korea ni...
hahaha...
masa sekolah dulu-dulu, aku pelik sangat dengan kengkawan aku...
ada je masa, korea...korea...korea...
sampaikan bengkak telinga aku dengar...
tak paham betul...
-
-
-
then, tetiba before cuti last sem 1(masa kat matrik), roomates aku yang tiga orang ni duk promote citer "playful kiss" kat aku...
apa kejadahnye aku nak melayan korea ni...
tapi, tetiba jugak aku duk hulur pendrive aku kat depa...
????
dalam hati aku, boleh jugak tengok ni...
mana tau duk rumah tak dek keje kan...
roomates aku semua yakinkan aku yang citer tu best...
rugi tak tengok la, apa la...
daripada dengar depa duk ulang benda yang sama, baik aku amek je kan...
tengok punya tengok...
yesss, mujur citer "playful kiss" ada kaitan dengan hospital jugak...
lagi la berkenan aku tengok...
-
-
-
alright, back to "jewel in the palace"...
urmm,, citer ni sebenarnya kisah zaman dulu-dulu kat korea...
jom bace sinopsis ni...
Jewel In The Palace adalah kisah benar tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Xu Jang Geum yang berasal dari kelas pertengahan tapi merupakan seorang yang amat pintar, cekal hati dan tak pernah mengenal erti putus asa dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum dia lahir, dia telah ditakdirkan menjadi penyebab kematian ibubapanya tapi juga akan menjadi penyelamat kepada banyak orang. Demi membela kematian ibunya, dia telah memasuki istana pada usia 10 tahun dan seperti ditakdirkan dia menjadi anak didik kepada kawan baik ibunya sendiri iaitu Puan Han. Semasa dalam usaha membantu kawannya Choi Jin Ying dia sempat menyelamatkan seorang lelaki iaitu Min Jio Ho di mana merupakan lelaki yang dicintai dalam diam oleh kawannya ini. Di saat dia baru mengetahui Puan Han adalah kawan baik ibunya, mereka berdua telah difitnah oleh Keluarga Choi sehingga menyebabkan kematian Puan Han semasa di dalam perjalanan ke Pulau Jeju kerana dihukum menjadi hamba abdi. Di Pulau Jeju cinta telah berputik di antara Chang Jin dan Jio Ho, pada ketika itu juga Chang Jin telah belajar menjadi tabib perempuan kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia kembali ke istana semula. Di istana Chang Jin bergabung tenaga dengan Jio Ho untuk menghapuskan kuasa jahat yang semakin berleluasa. Chang Jin telah banyak menyelamatkan nyawa orang termasuklah Maharani Balu, Maharaja dan Permaisuri sendiri. Kebaikan dan kecekalan Chang Jin telah menambat hati Maharaja sehingga dia hampir menjadi gundik Raja tapi akhirnya telah menukarkan fikiran dengan menjadikan Chang Jin sebagai Tabib Diraja merangkap Pakar Pemakanan kepada Maharaja. Chang Jin juga telah dianugerahkan gelaran Dae Jang Geum atau Yang Mulia Jang Geum yang hanya boleh dipakai oleh Chang Jin seorang. Sejarah Zaman Pemerintahan Chosun telah terukir kerana Chang Jin merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting dalam istana dimana ianya hanya boleh dipegang oleh lelaki sahaja.
---------------------
actually la kan, banyak pengajaran daripada story ni...
InsyaAllah, dalam masa kurang 2jam lagi, merupakan malam Nisfu Syaaban...
sememangnya malam ni la yang sangat di nanti-nantikan oleh kita sebagai hambaNya...
kerana pada malam ni akan dibukakan 300 pintu rahmat...
banyak perkara yang boleh kita lakukan...
antaranya:
1- membaca yasin (3x)
2- zikir "YA ALLAH" (1000x)
3- solat sunat (solat taubat)
4- qiamulail (malam ni)
5- berpuasa esok hari(khamis,5julai)
6- dan apa sahaja perkara kebaikan
semoga kita sama-sama mendapat keampunan dari Yang Maha Esa...
insyaAllah...
jom hayati bersama hadis ni...
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!"
Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca:
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." (Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.)
I pray to God My heart, soul, and body Every single day of my life With every breath I solemnly promise To try to live my life for you
O Allah, You did revive my soul And shone Your light into my heart So pleasing You is now my only goal Oh I love You so I love You so (I love You so)
[Chorus:] Now I know how it’s like To have a precious love in my life Now I know how it feels To finally be at peace inside I wish that everybody knew How amazing it feels to love You I wish that everyone could see How Your love has set me free Set me free and made me strong
O Allah, I’m forever grateful to You Whatever I say could never be enough You gave me strength to overcome my uncertainties And stand firm against all the odds
You are the one who did revive my soul You shone Your light into my heart So pleasing You is now my only goal Oh I love You so I love You so (I love You so)
[Chorus]
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You [x2] And I swear that I will never put anyone or anything before You My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You